salam~~
pada post kali ini, kita akan lihat aktiviti beberapa orang pelajar tingkatan tiga yang pergi turun padang untuk menolong ustaz Amir dalam program temuduga pelajar tingkatan satu yang berlangsung pada 23 November 2010. seramai 128 orang calon yang hadir untuk ditemuduga oleh panel. 33 orang lelaki dan 95 orang perempuan. kita boleh lihat perbezaan taraf kini. pelajar perempuan melebihi dalam kuantiti pelajar. ramainya tak terkata yang memohon untuk sekolah SBPI Sabak Bernam, tetapi hanya 128 orang yang terpilih untuk temuduga ini. daripada bilangan ini juga, pihak sekolah hanya akan mengambil 18 orang untuk mencukupkan kuota kementerian dalam memberi kebebasan memilih pelajar oleh pihak sekolah. 9 orang lelaki dan 9 orang perempuan. jadi 110 orang lagi perlu disingkirkan dalam temuduga ini. kasihan ya. tidak mengapalah. mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk adik-adik yang kurang bernasib baik itu. jadi, pelajar tingkatan 3 yang tinggal berhampiran sekolah diminta untuk membantu melancarkan program ini. seramai 10 orang turut serta iaitu Aisyah Amna, Amalina, Mahirah, Anis Janani, Sitti Zulaikha, Faiz Fahmi, Abdul Hadi, Syamil Ishak, Hafizi dan seorang pelajar SMAP Kajang, Syafiq Hakimi. mereka sema telah banyak membantu guru-guru dalam menguruskan progrm temuduga ini dari pagi hingga ke petang. ramai juga ibu bapa yang berminat dengan sekolah ini mengajukan beberapa soalan kepada mereka tentang aliran yang ditawarkan di SBPI Sabak Bernam. rupa-rupanya, benarlah bahawa setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. dan ramai juga adik-adik pelajar kita yang datang antaranya adik Ainaa Najihah, Akif Nabil dan ex-form 5, Naqib Zailani.
inikah muka2 bakal juniors kita? |
penantian penuh debaran! |
ustaz ahmadi n cikgu fatin sibuk menemuduga calon |
dalam bilik kuarantin bersama cikgu rashid |
sibuknya di meja kaunter |
inilah syafiq hakimi, pelajar SMAPK yg sudi membantu |
aishah dan amalina di meja kaunter |
para bentara yang sudi membantu |
syamil dan aishah yang sibuk di dalam bilik kuarantin |