BETA

11:04 AM

Assalamualaikum, bertemu kita di cuti yang indah ini, (indah ke??). Apa-apa pun, post yang lepas bersama Syamil telah menampakkan batch kita menerajui pertandingan 3K kelas kecuali kelas aku. isk2.takpe2. banyak masa lagi. haha. kali ini, mari kita skop sikit tentang bilik bacaan BETA di asrama putera. BETA ialah bilik khas untuk pelajar Tingkatan 3. Jadi, ianya adalah bilik umum bagi pelajar Tingkatan 3. Keceriaan BETA agak teruk sebelum ditegur oleh PK HEM kita, Ustaz Amir. Dahulunya, bilik ini sangat bersepah dan tidak terurus. Kini, Alhamdulillah, selepas peristiwa BETA dikunci yang sangat mengejutkan, bilik itu semakin terurus dan lebih ceria berbanding bilik ALPHA(jgn marah...haha). Selepas cuti ini, InsyaAllah BETA akan diserikan dengan hiasan-hiasan. BETA menerima peruntukan 10% daripada kewangan batch kita. Diletakkan di bawah Biro Kebajikan batch, M. Ikram Syahmi. Organisasi BETA adalah seperti berikut:

Ketua     : M. Nuaimullah
Penolong: M. Azamudden
AJK       : Yusazrien
                 Dafi
                 Amir Hakim
                 Hanif
                 Amsyar

Diharapkan dengan adanya organisasi ini, BETA akan lebih ceria dan terurus, Amiin.
'MAJULAH BETA UNTUK FORM 3'
-motto BETA, haha-


                                                               bilik serbaguna BETA

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater