Merentas Desa Daerah

12:52 AM

pada 23 Mac yang lalu, sekolah kita telah menghantar pasukan merentas desa ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sabak Bernam. seawal jam 7 pagi, bas telah bertolak ke SMKA Simpang Lima. kategori L1 terdiri daripada 5 orang F4 dan seorang F5. kategori L2 pula diterajui oleh 5 orang F3 dan seorang F2. perlumbaan bermula pada jam 8 pagi. kategori L1 berjalan dengan lancar tetapi ketika perlumbaan L2, terdapat kesilapan yang sangat besar. penjaga 'checkpoint' yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan ketidakadilan dalam menentukan pemenang. seramai 7 orang pelari telah mendahului namun akibat kecuaian pemandu arah, mereka telah terkeluar dari trek L2. dan 2 orang pelari kita, Nik Emir dan Zulfadhli turut teraniaya. ini menyebabkan sekolah kita hanya mendapat tempat ke-4 dlm kategori L2 dgn kedudukan tertinggi no. 11, 14, 15, 17, 60 dan 61. sekolah kita berjaya mendapat tempat ketiga dlm kategori L1 dan P1 manakala P2 mendapat tempat keempat. kedudukan keseluruhan kita mendapat tempat kedua daerah di belakang Simpang 5. pertandingan kali ini merupakan pertandingan yang agak berat sebelah bagi kita. namun, beberapa pelari kita dapat mewakili daerah ke peringkat negeri. ini mungkin satu dugaan bagi kita kerana mungkin kita tidak banyak berdoa kepada Allah. apa-apapun, we're still the best. good luck for next year, runners!!!

pali xtau tangkap gambar

ni pun same gak

hensem or bajet?? komen2...

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater