Sambutan Kemerdekaan, Moreh Perdana, dan Majlis Tadarus Al-Quran

2:16 AM

pada 30 & 31 Ogos 2010, telah dijalankan dua program besar-besaran untuk pelajar SBPISB dan Zealous 7. pada 30 haribulan, semua pelajar mendapat peluang untuk menikmati suasana malam dinaungi bintang. para pelajar dan guru mendirikan solat Isyak dan Tarawih di dataran perhimpunan sekolah. semua memakai baju serba lawa dan lengkap. ada juga beberapa orang yang memakai jubah. pemandangan yang indah nian. kemudian, selepas selesai solat Tarawih, sementara menunggu detik 12 malam, telah diadakan forum perdana ehwal islam yang dipengerusikan oleh Sir Musa. ahli panelnya terdiri daripada 2 orang penceramah handalan, Ustaz Ahmadi Abas, PK1 SBPISB dan Ustaz Hanifuddin, Pengetua ILDAS. walaupun pelajar ramai yang kepenatan, namun mereka masih bersemangat mendengarnya. mereka juga dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid sekolah, Az-Zhafran. apabila tiba detik 12 malam, laungan Merdeka dilaungkan dengan penuh semangat diikuti nyanyian lagu patriotik. selepas itu, murid pun bersurai pulang ke asrama masing-masing.

zaim tengah bersiap nak pakai samping

suasana di dataran

suasana pelajar puteri

jangan ingat makan je ye...

forum dah nak mula ni..

Az-Zhafran

err...


cukup setakat itu untuk sambutan kemerdekaan. mari kita lihat apa pula projek budak-budak f3 ni keesokan harinya. 31 ogos, pelajar Zealous 7 mengadakan moreh perdana di dewan makan, Cafe d'Ria. ketua projek, Jamal. program ini merupakan satu rush sebab tiada kertas kerja diperlukan. hanya bajet disediakan. haha. baik tol f3 nih. xD
juadah sangat banyak antaranya roti john, mi, kuih-muih, dan air bandung. semua pelajar nampak berpuas hati dengan makanan hari tu. dah kenyang berbuka, mana tak puasnya. haha. oh, lupa plak yang pada hari Selasa, pelajar tingkatan tiga akan memakai baju Melayu warna biru. jadi, barulah nampak semangat nak berjaya sama-sama.

menu pada hari ini...

beratur jangan tak beratur. 

para guru yang turut hadir untuk memeriahkan majlis. 

TOYIB!

budak2 perempuan. posing je lebih. nasib baik baju biru. haha

naqib watpe tuh?

zaim, rilek dulu, zaim. jangan gelabah

sedapnya mi ini!!

pelahapnya nik

erm..tatau nak tulis ape

kami lapaaaaarrr....


lepas tu, ada juga ucapan daripada wakil kelas masing-masing. syamil mewakili kelas 3T manakala Iqbal mewakili 3H. 3R pula diwakili Zakwan. 

ape ntah aku cakap..

siapa sangka iqbal pendiam ni boleh cakap di depan

zakwan pun pandai bercakap ke ?


tidak dilupakan juga majlis tadarus Al-Quran yang diadakan di surau pada 2 september 2010. murid diperdengarkan dengan nasyid dan lagu-lagu yang merdu didengar. majlis penyampaian hadiah pun diadakan pada hari tersebut. 

menung ape agaknya si akep nih??


sekian sahaja post kali ini,doakan kami semua straight 9As PMR. bertemu kita di lain warkah. bu-bai. salam. 

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater