Apa Pentingnya Ilmu?

12:07 AM


ilmu? apa sebenarnya ilmu ni? kita sering tertanya-tanya dan mempersoalkan kepentingan ilmu. kita sering merungut jika diberi kerja rumah. kita asyik leka dengan hiburan dunia sehinggakan ilmu yang menjadi tuntutan fardhu ain dipinggirkan begitu sahaja. mungkin kita semua pelik dan menganggap sesetengah subjek seperti add math, bahasa Jepun, fizik, kimia dan biologi tidak penting kerana tidak termasuk dalam bidang yang kita inginkan. jangan begitu, jangan terlalu yakin. takdir bukan di tangan kita. kita tidak tahu sama ada kita dapat memenuhi impian kita atau tidak. adakah satu kepastian bahawa kita akan menjadi seorang saintis seperti yang kita idamkan sejak kecil lagi? tidak, bukan. jadi, janganlah cerewet dalam belajar. siapa tahu, mungkin ilmu yang kita sangkakan tidak berguna itu bakal menjadi satu bidang yang sangat menguntungkan di masa hadapan. jangan sombong dengan ilmu. ilmu itu ada perasaan sama seperti manusia. jika anda tidak menginginkannya, ilmu juga tidak mahu mendekatimu. tidak terdetik di hati kita, bukan? ilmu itu ada perasaan. baiklah, jika mahu tahu kepentingan dan fadhilat ilmu, marilah sama-sama baca sebuah kisah oleh seorang sheikh Arab di Mesir. beliau menceritakan tentang fadhilat berilmu.

*alkisah seorang raja yang hebat di sebuah negara yang aman dan damai. baginda seorang yang sangat dihormati masyarakat. tiba-tiba, pada suatu hari, terdetik di hatinya untuk menguji rakyatnya. baginda teringin sekali untuk melihat kelebihan orang yang berilmu di dalam negaranya itu. jadi, baginda telah memanggil 2 orang dari negaranya. seorang ialah A'LIM dan seorang lagi ialah A'BID. A'LIM ini merupakan seorang pemikir terhebat di dalam negara itu manakala A'BID itu ialah ahli ibadah yang paling warak antara sekalian penduduk.

jadi, baginda telah memanggil 2 orang tersebut ke sebuah tempat. di tempat itu disediakan 2 bilik. setiap 1 bilik untuk setiap seorang. dengan titah perintah raja tersebut, mereka disuruh untuk memilih salah satu antara 3 barang di dalam bilik tersebut. tidak boleh 2, tidak boleh 3, tidak boleh tak ambik langsung. apakah 3 barang tersebut, saudara? 3 barang tersebut ialah:

1 - sebotol arak (mereka perlu meminum arak sehingga habis.)
2 - seorang perempuan (mereka perlu berzina dengan perempuan tersebut.)
3 - sebilah pisau (mereka perlu membunuh perempuan di dalam bilik tersebut)

APA YANG MEREKA PILIH YA?

kita ikuti kisah A'BID dulu ye. A'BID ini sangat warak. tetapi, beliau juga menemui jalan buntu untuk memilih salah satu daripadanya. ketiga-tiga perkara tersebut semuanya berdosa besar. namun, kalau tidak dipilih, tidak boleh juga. jadi, berfikirlah beliau dengan semasak-masaknya. fikir punya fikir, maka beliau pun ambik jalan untuk berijtihad. beliau mengandaikan semua dosa tu semuanya dosa besar. minum arak, berzina n membunuh. beliau ambik yang paling ringan iaitu minum arak mengikut andaiannya. beliau berkata, "lebih baik aku minum arak je. ala, Tuhan mesti faham. nanti aku taubatlah." dengan demikian, beliau pun mengambil arak tersebut dan meminumnya hingga habis. A'BID yang hilang pertimbangan akal itu terus berjalan dan apabila beliau melihat perempuan di dalam biliknya, mashaAllah. faham2 jela kan. beliau pun berzina dengan perempuan terbabit. keesokan harinya, beliau terjaga dengan kesilapannya. A'BID itu berfikir bagaimana untuk menutup kesilapannya. beliau ternampak pisau dan terus membunuh perempuan itu. maka, habislah kisah A'BID. beliau telah menggunakan ketiga-tiga barang tersebut dengan membawa dosa yang besar. sangkaan beliau bahawa mungkin minum arak sudah cukup tersilap. dengan araklah, beliau membuat dosa2 besar yang lain.


Allah s.w.t menurunkan wahyu yang mengharamkan arak sepenuhnya melalui surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada Allah dan daripada mengerjakan solat. Masihkah kamu berdegil lagi?”


kita dengar pula bagaimana nasib A'LIM. beliau juga menghadapi pilihan yang sama. arak, perempuan dan pisau. apa yang beliau lakukan? beliau pun fikirlah semasak-masaknya. jika diikutkan, memang ketiga-tiga perkara ni dosa besar, tapi apakan daya. beliau perlu memilih salah satu antaranya. sedang beliau berfikir, tiba-tiba beliau teringat akan 1 kuliah yang pernah diajar oleh gurunya. dalam ilmu fiqh, mazhab imam Hanafi, ada menyatakan bahawa perempuan boleh berkahwin tanpa wali. oleh itu, memandangkan masa ini sangat mendesak, jadi beliau pun melamar perempuan terbabit. dan perempuan itu menerima. dan bersamalah mereka dalam keadaan yang sah. A'LIM tu tak ambik arak, tak ambik pisau, tapi beliau kahwin dgn perempuan tu. raja pun beritahu rakyatnya, "lihatlah, aku telah tunjukkan kepadamu kelebihan orang yang berilmu."


berdasarkan kisah ni, ape yang boleh kita simpulkan? begitulah betapa pentingnya ilmu. tanpa ilmu, kita akan kecundang walaupun kita zuhud mana sekalipun. kejahilan itu membahayakan. walaupun sekecil mane ilmu tu, jgnlah diambil mudah. sebab kita xtau bile ilmu tu akan diperlukan. dan lagi 1, ilmu itu meningkatkan darjat. contohnya anjing. anjing tu kite tau hina, haram dan xboleh dibela. tapi dalam mazhab Imam Maliki, anjing dibenarkan dibela dengan syarat digunakan sebagai anjing perburuan. lihatlah, kalau anjing tu diberikan sedikit ilmu untuk berburu, darjatnya ditinggikan dari xboleh dibela kepada boleh dibela. apatah lagi kita, manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ni.

*fikir2kanlah. satu pesanan, janganlah membenci ilmu. kerana ilmu tu satu perkara yang xrugi jika belajar dan diamalkan. dan 1 lagi, janganlah membenci guru. terimalah seadanya. apa yang penting, kita ambik semua ilmu yang mereka bagi dan aplikasikan dalam hidup. ilmu takkan datang bergolek. no pain, no gain."

You Might Also Like

2 comments

  1. ilmu itu cahaya.. ilmu tanpa amal bagai pokok yg x bbuah... pokok yg x bbuah akn ditebang... pokok yg ditebang akn dibuat kayu... kayu2 dibuat perabot.. perabot dijual.. penjual gembira.. pengguna selesa.. hati tak bercahaya kerana perabot yg digunakan tdi berasal dari pokok yg x bbuah ibarat tiada ilmu.. renung2kanlah.. (panjang gak ayt ak..)

    ReplyDelete
  2. tahafehafe arh ko, di. ayat pelek je. :D

    ReplyDelete

Alma Mater