Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2011

3:59 PM

pada 28 dan 29 Mei yang lepas, sekolah kita telah beradu nasib dengan enghantar sebuah pasukan Choral Speaking dan peserta larian 5x3000m dalam acara Hari Belia 2011 yg bertempat di Putrajaya. pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan Choral Speaking semuanya daripada pelajar tingkatan 4 atau lebih dikenali dengan Zealousian 0812. alhamdulillah, pertandingan berjalan lancar dan sekolah kita telah berjaya merangkul gelaran Best Conductor dalam pertandingan Choral Speaking. untuk pengetahuan semua, sekolah kita merupakan satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh yang berjaya mendapat anugerah. Alhamdulillah. walaupun tidak berjaya mendapat 3 tempat teratas yang diterajui oleh SMK Sri Bintang Selatan, SMK Convent dan SMK St. Mary, namun pencapaian kita sudah cukup memuaskan hati. dengan berbekalkan latihan selama seminggu, ditambah pula dengan kesesakan jadual peperiksaan, namun usaha kita berbaloi. Man jadda wa jada, waman zara'a hasoda. 35 orang Choral Speakers telah mengharumkan nama sekolah kita di persada negara. ya, majulah Zealous untuk Intesaber. terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dan berusaha, akhirnya Allah lihat jua usaha kita. oh, tidak dilupakan juga, kuartet 5x3000m Intesaber yang berjaya mendapat tempat ke-13 keseluruhan bagi lelaki dan ke-16 keseluruhan bagi perempuan. Bagus, Zealous. andalah wira-wira Intesaber. kita akan pastikan nama Intesaber akan terpahat di dada-dada setiap Zealous, warga sekolah dan seluruh Malaysia. inshaAllah. tahun depan kita akan mengambil tampuk kepimpinan. bersedialah lebih awal kerana persiapan awal sentiasa yang terbaik. Expect the unexpected. :)


tahniah eton, BEST CONDUCTOR! 



runners2 intesaber, Jol, Nik n Faiz?

You Might Also Like

2 comments

  1. gempak gile zealousians!! mmg ak nak ckp korang ni gmpak gile ar! train brape hari je.. truskan kemajuan ZEALOUS!!

    ReplyDelete

Alma Mater