Futsal n Basketball Minggu PSS

11:38 PM

salam Zealous semua.
ya, bertemu lagi kita dalam post yg terbaru, kali ni, nak sentuh sikit la pasal minggu PSS yang baru saje dilaksanakan. beberapa pertandingan telah dianjurkan untuk menarik minat para pelajar untuk turut memeriahkan karnival ini. antaranya, pertandingan futsal, bola keranjang, usya usya buku, explorace dan sebagainya. mari kita tinjau sedikit snap2 dalam pertndingan futsal dan bola keranjang.





beralih pula kepada keputusan perlawanan. dalam pertandingan futsal, Zealous telah menghantar 4 pasukan sebagai wakil. satu pasukan 8 orang. 5 on 5 futsal. Bison yang diwakili oleh pemain terhandal dan wakil sekolah, Nibong Tebel yang tidak kurang juga hebatnya, Vegetables FC yang tidak disangka-sangka kehebatannya dan Sejuk United yang bermain begitu bersahaja. Bison dan Sejuk Utd telah ditempatkan dalam group yang sama manakala Nibong Tebel dan Vegetables FC dalam group yang lain. Bison menamatkan saingan kumpulan dengan selesa berbekalkan 4 kemenangan dan 1 seri. Sejuk Utd terkandas di pusingan awal dengan kalah semua perlawanan. Nibong Tebel menang bergaya dalam perlawanan pertama tetapi telah hilang pedoman setelah kalah nasib menentang pasukan form 5, Super Senior dan pasukan campuran, Flamengo. mereka member laluan kepada Vegetables FC untuk mara ke pusingan seterusnya. Vegetables FC kalah dalam perlawanan pertama menentang Super Senior, 0-4. dalam perlawanan kedua, mereka menang 4-0 ke atas pasukan form 3, Sungai Udang. menentang Nibong Tebel, mereka menang 9-0 hasil pengorbanan pasukan Nibong Tebel. perlawanan terakhir menampilkan kehebatan Vegetables FC mengalahkan pasukan pilihan, Flamengo 1-0. 2 pasukan form 4 telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. menentang 2 lagi pasukan form 5, Super Senior dan Tuju Lagu. 2 pasukan bukan pilihan bertemu di separuh akhir pertama, iaitu Vegetables FC dan Tuju Lagu. walaupun mengasak gawang lawan beberapa kali, namun gol masih tidak dicapai. akhirnya, kelewahan pertahanan Vegetables FC dihukum dengan 1 gol daripada Tuju Lagu. kesedihannya bukan kepalang. namun Bison ternyata satu pasukan yang tiada tandingan setelah bertindak garang membelasah Super Senior 3-1. sedikit kekecohan berlaku dalam perlawanan yang dijangka menjadi perlawanan akhir itu. tamparan hebat buat form 5 kerana Super Senior ialah harapan mereka. perlawanan akhir sedikit hambar. keputusannya, Bison menang mudah 5-0 ke atas Tuju Lagu.

bagi pertandingan basketball, harap maaf. writer tiada maklumat mengenainya. majulah Zealous untuk Intesaber. berikut merupakan gambar2 yang telah ditangkap oleh jurugambar tak formal Zealous. silakan lihat. :)

























You Might Also Like

2 comments

Alma Mater