Ihya' Ramadhan 2011

12:03 PM

salam Zealous.
alhamdulillah. kita telah selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan dan kini, kita menunggu, Syawal menjelang dengan penuh meriah. bukanlah maksudnya kita meraikan pemergian Ramadhan, tetapi kita bersyukur kerana dapat menghabiskannya termasuklah meraikan kemenangan umat Islam. jangan dilupakan amalan kita yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan semestinya perlu dikekalkan. jikalau kita rajin solat sunat pada bulan Ramadhan, teruskanlah bersolat sunat pada bulan-bulan lain. jika kita rajin bersedekah, teruskanlah amalan murni itu. janganlah semua amalan kita lakukan hanya pada bulan Ramdhan. jadikanlah ia sebagai satu amalan dalam kehidupan. :)

baiklah, di sini, mari kupas dan imbas kembali program Ihya' Ramadhan 2011 yang telah dikelolakan oleh pelajar tingkatan 4, yeah!! Zealous 4 sure!! bertemakan 'Ramadhanku Sayang', sangat banyak pembaharuan dilakukan pada tahun ini berbanding tahun-tahun lalu. dari segi aktivitinya, ternyata pelbagai aktiviti tambahan yang telah dilakukan termasuklah Solat di Dataran, pertandingan yang baru, dan tidak dilupakan wajah Imtiyaz yang baru. :) ya, tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 4 kerana kekreatifan anda terserlah bak bulan pada waktu malam. (pebende arh?) ya, tidak dijangka juga bahawa Malam Sentuhan Qalbu begitu berjaya memikat hati para pelajar SBPI Sabak Bernam. ada yang menangis pulak tu. hurm, sungguh menyentuh kalbu betol. pihak Nuqaba' Tingkatan 4 telah berjaya menawan perasaan guru-guru. PK HEM, Ustaz Amir begitu mengagumi kesungguhan kita yang telah menampakkan hasil yang sangat mengujakan. kita bukan mahu riak dan berbangga diri tetapi ini merupakan satu insentif bagi kita untuk lebih maju pada masa hadapan. diharapkan pihak Nuqaba' akan sentiasa maju di samping menguruskan program yang mendatang sekaligus dinobatkan sebagai BADAR yang berkaliber.


kepada semua pelajar INTESABER, kami di pihak penerbitan ingin memohon maaf atas ketidakcukupan majalah Al-Imtiyaz. kami menjangkakan tidak ramai yang mahu membeli tetapi alhamdulillah, sesungguhnya anda semua memang mencintai ilmu. inshaAllah, kami akan membuat cetakan kedua selepas cuti nanti. jangan risau.

maafkan kami di pihak Nuqaba' jika ada tersinggung perasaan atau terguris hati. kita ini hanya manusia biasa. yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari nahnu sendiri. selamat menyambut Hai Raya Aidilfitri, kawan-kawan. jangan lupa puasa 6. lihatlah video ini untuk pedoman kita semua. :)




You Might Also Like

2 comments

Alma Mater