Intesaber Predator di Arena SBP

11:11 AM






salam Zealous
pada 3 Disember yang lepas, SBPISB telah menghantar pasukan bola sepak, Intesaber Predator ke Kejohanan Bola Sepak SBP U-16 yang bertempat di Sekolah Sains Sultan Alam Shah (ASIS). pasukan kita telah berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan. saingan yang ditunjukkan pasukan Intesaber Predator begitu garang dan mampu memberi pukulan hebat kepada sekolah-sekolah lain. tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberi komitmen dan kerjasama yang padu kepada pasukan sekolah. nama kita kini dinilai sebagai sebuah pasukan bola sepak yang terulung di arena SBP. berikut merupakan antara pemain-pemain yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah:-
  • Akif Nabil bin Amizar
  • Ahmad Syazwan bin Shuib
  • Amar Aidi bin Harun
  • Aideel Noor Muhammad bin Tuah
  • Nik Emir Arif bin Nik Adli
  • Mohd Zulfadhli bin Badrolhizam
  • Nur Hakim 
  • Fakhrul Fahmi bin Yusof
  • Hariz Muhammad bin Hammad Faesol
  • Iskandar Zulkarnain bin Narawi
  • Mohd Zahin Irfan bin Ahmad Puad
  • Ikram Syahmi bin Tan Tawi
  • Naqib Fuad bin Abd Rashid
  • Falieq Ikbar
  • Ahmad Amir Isqandar

Intesaber Predator berjaya melayakkan diri hingga ke separuh akhir sebelum tewas tipis di tangan SMAP Kajang. berikut merupakan keputusan penuh kejohanan bagi pasukan Intesaber Predator:-

  • Peringkat Kumpulan
    • SBPI SABAK BERNAM (INTESABER) 3-0 SBPI BATU RAKIT (BRAINS)
      • Iskandar(2), Nik(1)
    • SBPI SABAK BERNAM (INTESABER) 0-0 KOLEJ ISLAM (KISAS)
  • Suku Akhir
    • SBPI SABAK BERNAM (INTESABER) 4-0 SAINS ALAM SHAH (ASIS)
      • Nik(2), Falieq(1), Zahin(1)
  • Separuh Akhir
    • SBPI SABAK BERNAM (INTESABER) 0-1 SMAP KAJANG (SMAPK)
  • Tempat 3/4
    • SBPI SABAK BERNAM (INTESABER) 1-0 SAINS BAGAN DATOH (SABDA)
      • Falieq(1)
oh, salah seorang pemain kita juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut iaitu Nik Emir Arif bin Nik Adli dengan 3 gol. beliau telah bermain dengan sangat cemerlang dan antara penyerang terpenting dalam pasukan. 



semoga pencapaian ini menjadi satu cabaran dan dorongan bagi pasukan bola sepak supaya maju ke hadapan dan menjulang kejayaan yang lebih bermakna. inshaAllah. majulah Predator untuk Intesaber!! =)

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater