Kejohanan Hoki Peringkat Daerah 2012

9:56 PM


salam Zealous!
tahniah diucapkan kepada semua pemain hoki Intesaber atas kejayaan menempa nama di peringkat daerah. pasukan hoki perempuan yang bersaing sengit dalam perlawanan akhir bertemu STARP walau bagaimanapun tewas 0-2. namun, mereka tetap sebuah pasukan pilihan dalam kejohanan tersebut atas kejayaan-kejayaan pada tahun sebelumnya. beralih kepada pasukan lelaki. mereka muncul juara apabila menewaskan tuan rumah SSB 1-0 hasil jaringan Akif Nabil. Akif dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan telah terpilih untuk bermain di peringkat negeri bersama beberapa lagi pemain lain seperti Zuraidi, Naqib dan Hafizul. namun, pihak sekolah menolak kemungkinan mereka untuk bermain pada peringkat negeri kerana pada tarikh yang sama akan diadakan Kejohanan Hoki Peringkat SBP Zon Tengah dan semestinya pihak sekolah akan dahagakan pemain berbakat seperti mereka berada di dalam pasukan. baru-baru ini juga, Akif, Zuraidi dan Hafizul telah terlibat dalam kejohanan hoki SUKSES sebagai wakil daerah Sabak Bernam. Naqib terpaksa diketepikan atas urusan peribadi sekolah yang ingin khidmatnya dalam Kejohanan Merentas Desa yang membuktikan SBPI Sabak Bernam berjaya muncul juara keseluruhan pada tahun ini. 

ALHAMDULILLAH. KEJAYAAN KEDUA DI PERINGKAT DAERAH SELEPAS KEJOHANAN MERENTAS DESA. SEMOGA INTESABER TERUS MAJU DALAM AKADEMIK DAN KOKURIKULUM. INSHAALLAH. :)

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater