Peperiksaan Percubaan SBP SPM 2012

2:31 PM


Assalamualaikum w.b.t.

Kami pelajar tingkatan 5 INTESABER a.k.a. calon SPM 2012 baru sahaja habis menempuhi Peperiksaan Percubaan SBP SPM 2012 yang bermula pada 1 Ogos sehingga 15 Ogos yang lalu. pelbagai reaksi yang kami hadapi dan komen-komen daripada para pelajar sendiri. memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa straight A+ tu bukan senang untuk dicapai. lebih-lebih lagi dengan tekanan Aidilfitri yang menjelma tidak lama lagi. tak keruan dibuatnya. minggu pertama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. minggu kedua mempamerkan kertas Mathematics, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran Sunnah, Pendidikan Agama Islam dan kertas yang paling mencabar iaitu tidak lain tidak bukan Additional Mathematics. bukan kepalang kami semua frust menonggeng akibat tahap kesusahan yang tak ingat dunia. minggu ketiga pula menambah keperitan dengan Physics, Chemistry, Biology, Teknologi Kejuruteraan dan Bahasa Arab 'straight in a row'. pindaan kerajaan mencepatkan hari cuti daripada Khamis kepada Rabu telah memaksa sekolah menggubal jadual pepeiksaan dan seperti biasalah, pelajar menjadi mangsa keadaan. pelajar-pelajar aliran sains agama terpaksa mengambil kertas Bahasa Arab pada hari Ahad, 4 hari lebih awal berbanding jadual biasa. kelam kabut kami dibuatnya. namun apakan daya, kita hanya mampu mengikut. dan begitulah hari-hari seterusnya. Physics, Chemistry dan TK berjalan seperti biasa. namun sekali lagi atas desakan masa, paper Biology yang sukarnya tahap dewa dikompilasikan dalam sepagi. 3 kertas bermula dari pukul 7 pagi sehingga 1 petang. oedema dibuatnya. OMG! walaupun dapat berjuta soalan spot dari SBP lain, namun hasilnya masih bergantung kepada usaha dan doa kita. semoga keberkatan Ramadan bersama kita sewaktu menjawab pepeiksaan. keputusan bakal diumumkan apabila sekolah dibuka nanti. all the best, Zealousians. harap-harap anda terima keputusan dengan hati yang terbuka. bhaha!


tidak dilupakan
terima kasih kepada adik-adik XYPHER 1115 dan GENESIS 0913
atas kemurahan hati
wish kami hari raya & SPM
terima kasih 

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater