motivasi JIM (Jemaah Islam Malaysia)
9:03 AMpada hari Sabtu, 8 Mei 2010, Unit Kaunseling telah mengadakan motivasi untuk para pelajar tingkatan tiga. program yang diisi sangat bermanfaat dan menyayat hati. pada waktu pagi, program bermula dengan kaunselor SEMESTI, En. Zamhuri. program pada pagi tu mengajar kita untuk menghargai sahabat. Sahabat itu umpama bot di sungai. kalau pandai menggunakannya, kita akan selamat. kalau salah menggunakannya, maka tenggelamlah kita. mari kita lihat seimbas lalu program pada pagi tersebut.
en. zamhuri
menggamit memori lama. permainan masa kecil.
petang itu, program bersambung di bilik muzik. slot bersama ummi Kartini sangat menyayat hati. ramai yang memohon maaf daripada rakan-rakan. kini, baru kami tahu betapa pentingnya kawan. semoga hubungan kita sentiasa berkekalan hingga akhir hayat. berikutlah gambar-gambar yang berkenaan.
menangislah kerana saudaramu. nescaya sahabat kamu akan menangisi kamu.
ucapan daripada MT batch. Pengerusi, naib dan setiausaha.
malam itu lebih menekankan tentang ibu bapa. slot bersama PK 1, Ustaz Ahmadi bin Abas, begitu menyentuh hati setiap pelajar. kehebatan ustaz memberikan suasana yang menyedihkan sangat jelas. ramai yang mula menitiskan air mata dan telah menulis surat kepada ibu bapa. begitulah sayangnya kami terhadap ibu bapa kami.
tekun menulis surat
zia menulis sepenuh perasaan.
penceramah suami isteri
pada akhir ceramah, semua peserta bermaaf-maafan antara satu sama lain. memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan. abang-abang faci pun terlibat sama. mari kita lihat suasana ketika itu:
so sweet
susun sepuluh jari mohon kemaafan
peserta perempuan pun sama
"maafkan saya"
hug of the day
ketika majlis perpisahan, semua peserta berkumpul dan menyanyikan lagu nasyid. liriknya seperti:
Ikhlaskan hati,
mohon kemaafan,
leburlah dosa
di tapak tangan
lupakan segala silap dan salah
insan bersatu
membina ummah
lagu inilah yang menjadi lagu tema program tersebut. sebenarnya, ini adalah lagu yang sangat sesuai bagi program seperti ini. mari kita saksikan reaksi para peserta.
sedapnya suara
meriahnya
4 serangkai
abg2 faci
comel x kami??
yeah!!!!!!!!!!!
setakat itu sahajalah yang dapat kami persembahkan. semoga hubungan kita semua berkekalan hingga akhir hayat. amiin. sesiapa yang dah baca, doakanlah batch kami cemerlang bukan sahaja PMR atau di dunia, malahan di akhirat juga. Sayounara....................
0 comments