Salam Perantaraan
1:51 AMsalam
entry ini bukanlah satu paksaan tapi terpaksa buat kerana pujukan dan rayuan oleh ahli-ahli Zealous 7, tergerak juga isi hati ini untuk terus berbicara di dalam alam maya ini. seperti kita tahu, 3 tahun lamanya telah kita bersama. 3 tahun lamanya kita telah menangis, ketawa, berduka, bergembira, bergurau senda, dan onak-onak duri telah kita tempuhi selama 3 tahun. 3 tahun ini jualah yang telah mengenalkan kita dengan erti persahabatan. persahabatan yang kita tidak menjangka akan terjalin di sini, Intesaber. di bawah nama Zealous kita bernaung, di bawah nama Allah S.W.T. kita bertemu. takdir telah tersurat bahawa kita akan berjumpa di sini. bersama di sini. malahan tiada agakan dan jangkaan bahwa kita akan disatukan di sini. bukanlah untuk bermadah sahaja, tetapi fikirlah, renunglah kembali, saat-saat manis sewaktu kita di Tingkatan 1, 2 dan 3. masa yang mengungkapkan sebuah cerita. cerita yang akan mewarnai hidup kita sebagai manusia, yang akan mencorakkan masa remaja kita. adakah kita akan membiarkan masa-masa indah seperti ini berlalu begitu sahaja? ingatlah tatkala abang-abang dan kakak-kakak kita menolong kita di asrama. ingatlah sewaktu kita asyik disuruh begitu begini oleh mereka. dan ketika kita mengantuk di dalam kelas, menahan mata mendengar guru mengajar.
tidak sangka bukan, sudah 3 tahun semua itu. kenangan manis, pahit kita bersama. pejam, celik, pejam, celik, sudah 3 tahun kita berada di Intesaber. mengimbau kembali kenangan lama bukanlah masa yang sesuai kini kerana kita punya banyak tugas menanti. rakan-rakan baru menunggu kita pada tahun hadapan. rakan-rakan yang bakal mewarnai hidup kita dengan lebih banyak. mereka bukanlah orang yang lemah mahupun binasa, tetapi mereka pejuang, seperti kita, yang akan memberikan saingan yang kuat kepada kita, yang bakal memotong bila-bila masa sahaja. mereka ibarat helang yang masih remaja, kuat untuk melawan, sukar dikalahkan. kita seperti helang tua, cantik di luar, rapuh di dalam. mereka bakal merampas peluang keemasan seperti merobek mangsa kerana kelaparan. tiada apa yang dapat menyangkal mereka daripada terus merobek dan terus merobek. mereka punyai jati diri untuk membuktikan mereka lebih baik daripada pelajar SBP seperti kita, mereka mahu membuktikan mereka lebih layak daripada kita untuk tempat tersebut. dan nah, begitu banyak buktinya bahawa helang-helang ini berjaya memanipulasi keadaan. mereka lebih menonjol daripada helang yang tepok lagi tua. mereka lebih hebat dan lebih berkuasa.
apakan daya? kita hanya mampu melihat. dikala mereka merobek mangsa, kita hanya duduk termangu seperti orang yang dungu. namun, kita masih berbekalkan tenaga dan usaha, kita masih boleh menerjah mangsa dan kita juga berbekalkan pengalaman yang menggunung, menggunakan mereka sebagai senjata untuk merampas sarang-sarang itu kembali. mereka masih tidak tahu selok-belok lubang mana yang perlu diserang. masih tidak arif dalam mencapai mangsa. tetapi kita, terlebih dahulu terjulur kaki dari mata, dapat merapatkan jurang antara tua dan muda.
tujuan saya berkata-kata, bukan untuk kita memasang jerat hina. tetapi, ini kenyataan dan kita harus sedia menghadapinya tahun hadapan. janganlah memulaukan mereka sebaliknya ambil yang baik daripada mereka dan singkirkan yang buruk. ternyata, cara ini lebih mendatangkan kesan baik dan manfaat kepada kita berbanding jika kita memusuhinya. bermusuh itu sifat syaitan dan semestinya, kita tidak mahu unsur begitu dalam batch kita, bukan begitu? bersahabat biarlah beribu. yang penting contohi yang positif, korupsi yang negatif. ternyata, rakan-rakan kita datang daripada varia latar belakang dan kitalah sebagai helang tua harus membentuk dan membantu mereka dalam kehidupan di Intesaber. tidak dinafikan lagi, Zealous 7 akan menjadi satu epik legenda termasyhur di Intesaber. sama-samalah kita mendoakan satu sama lain dalam keputusan PMR yang bakal diumumkan akhir tahun ini dan tidak lupa juga, doalah supaya bakal rakan-rakan baru kita terdiri daripada orang yang baik-baik. marilah kita bersama-sama menggapai objektif batch kita iaitu menguasai segala bentuk pertandingan termasuklah sukan, akademik, kurikulum dan memantapkan lagi akidah di dalam aspek agama. lebih-lebih lagi, pelajar tingkatan 4 bakal berpeluang cerah untuk menjadi imam pada tahun hadapan. jangan hampakan pihak sekolah terutama guru-guru yang menjadi benteng ilmu kita. tanpa mereka, siapalah kita. janganlah ulangi perbuatan buruk kita dan jangan sesekali membusukkan nama sekolah. marilah bersama kita tutup tirai 2010 yang penuh kenangan ini dan membuka lembar baru yang lebih gemilang pada tahun 2011. tidak dilupakan, tampuk kepimpinan akan lebih berfokus kepada kita. jadi, amanahlah dalam setiap pekerjaanmu, nescaya Allah S.W.T akan sentiasa berada di sisimu. dari segi akademik, perkuatkanlah usaha supaya lebih ramai ELITESE dalam golongan kita. ELIT susah, tetapi tidak mustahil. ternyata kebarangkalian kita untuk berjaya sangat cerah memandangkan SBP berada di belakang nama kita.
meriahkan suasana remajamu dengan zikir dan zikrmaut. kerana ajal itu tidak datang dengan nama. kuatkanlah imanmu di mana sahaja berada kerana syaitan itu tidak jemu menghasutmu. dan timbalah ilmu dengan banyak kerana ilmu akan menjadi sangat berguna sehingga sampai masanya. inshaAllah.
3 comments
xtau knp ak rse sebak bce pOst nie . weyh,,kte dh tiga taOn dan kne ade p`pisahan?adush,,susah aq nk trime bnde nie . sorry for any mistakes and fault that have i dOne for all this years,,zealousian .
ReplyDeleteaq pun rase touched dengan bende ni
ReplyDeleteape2 pon srry kat sue klu aq wat salah
do best for zealous..!!!
inshaAllah. zealous akan menjadi satu nama yang disegani di intesaber. amiin.
ReplyDelete