Forum Cinta dan Remaja

3:34 PM



salam.
inshaAllah, pada hari ini, kami akan menceritakan tentang program pertama yang diterajui oleh BADAR tingkatan 4. sebenarnya, pertubuhan ini masih tidak rasmi kerana tiada pelantikan berlaku. cuma ada ura-ura sahaja. tetapi kami mengambil langkah drastik dengan menggunakan pertubuhan ini sebagai satu medium untuk meningkatkan tahap kerohanian pelajar Intesaber. pada 29 Januari 2011, kami telah menjayakan sebuah forum penuh bergaya bertajuk 'Remaja dan Cinta'. forum ini mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar. kami mengambil langkah ini untuk memenuhi masa di antara Maghrib dan Isyak. pelajar tingkatan 5 tiada kerana mereka bercuti untuk 3 hari ini. jadi, kami sebagai senior memutuskan untuk membuat satu forum yang membincangkan tentang masalah remaja hari ini. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. diketuai oleh Amir Wafiuddin sebagai pengerusi projek, Faiz Fahmi, Amsyar dan Izzuddin sebagai pembantu, Syamil Ishak sebagai engerusi majlis, dan 4 orang ahli panel iaitu Naqib Fuad, Zulfadhli, Akif Nabil dan Mohd Fadhli. tidak kering gusi melihat aksi mereka di hadapan. Naqib dengan pantunnya. Zul dengan gayanya. Akif dengan suaranya dan Fadhli dengan bahasanya. memang ceria sungguh forum malam itu. tetapi, kami mengharapkan para pelajar bukan sahaja bergelak ketawa, namun mengambil input-input penting di dalam forum tersebut. antara kata-kata hikmah dalam forum itu ialah:

"CINTA ITU SUCI. JANGANLAH CEMARINYA DENGAN SEMUA JENIS ZINA TERMASUK ZINA HATI"

"CINTA ITU ANUGERAH ILLAHI. TAKKANLAH ALLAH S.W.T. NAK BAGI KITA SESUATU YANG BURUK KOT?"

"CINTA ISLAMIK WUJUD DENGAN MENGAMBIL KIRA CARA PERGAULAN PASANGAN ITU SENDIRI"

"CINTA BERLANDASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK ITU BOLEH, TAPI JANGAN SAMPAI CINTA ITU MENGATASI RASA CINTA KITA KEPADA ALLAH. KERANA NAWAITU BELAJAR KENA BETUL, BARULAH ILMU ITU DIBERKATI."

"WANITA YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK. JADI, JADILAH ORANG YANG BAIK, SEMOGA ALLAH AKAN KURNIAKAN KITA DENGAN PASANGAN YANG BAIK."

"SAMPAI BILA ANDA RASA CINTA MONYET ITU BOLEH BERKEKALAN?"

sekian sahaja daripada kami. renungilah semula. cinta itu baik jika diperlakukan ke arah yang baik. tetapi akan menjadi buruk jikalau disalahgunakan. cintailah Allah dahulu, barulah cinta insan. itulah sebabnya ada hadis, "Hablumminallah, hablumminannas". Allah diutamakan, insan dikemudiankan. apa2 pun, kejarlah kerjaya dahulu, barulah kejar cinta.
Wassalam. :)

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater