Wawasan 2012

11:52 PM


salam zealous kepada semua warga zealous dan pembaca sekalian,

di sini, ingin diingatkan bahawa anda semua dah TIngkatan Empat a.k.a. Form Four. tahun depan kita bakal menerobos dan menerajui tampuk kepimpinan yang teragung. pemimpin bakal dipilih, empat rumah bakal bertempur untuk mengetahui siapa juara. adakah juaranya ialah Helium, atau bakal dipertahankan oleh Xenon, atau mungkin nasib menyebelahi Kripton dan mungkin jua ianya milik Radon. siapa tahu? sama-sama kita saksikan rebutan piala rumah Intesaber bagi sesi 2011-2012. kehangatan makin dirasa. dan semestinya setiap organisasi ada ketuanya. jadi, siapakah yang bakal menjadi peneraju Intesaber tahun hadapan? siapa pula 4 jaguh handalan yang mengetuai rumah masing-masing? siapa pula yang akan menjadi pengerusi-pengerusi kelab dan persatuan? pilihan di tangan anda. anda mampu mengubahnya.

jadi, bagi tahun hadapan, semestinya akan berlaku beberapa pindaan untuk kebaikan semua. sistem rumah bakal dipinda dan pucuk kepimpinan juga bakal menghadapi sedikit perubahan. kita di sini bukanlah untuk membuat satu rusuhan tentang kepimpinan atau apa, tetapi diingatkan kepada semua ZEALOUSIAN, sila bersedia lebih awal. kalau boleh, siapkan semua perancangan anada untuk tahun hadapan tahun ini juga. kerana apa? sebab tahun depan senang kita nak buat. semua ada dalam perancangan dan semua boleh dilakukan dengan lancar. kita kena bersedia lebih awal untuk elakkan kekosongan aktiviti dan kehambaran sekolah atau rumah berkenaan. kita tak nak kan benda-benda seperti ini berlaku?? tidak dilupakan aktiviti untuk kelab/persatuan/badan beruniform/sukan masing-masing. sebab yang kita sedia tahu, pengurusan kokurikulum sering berterabur dan kita akan pastikan masalah itu dapat dicantas habis-habisan mulai tahun ini jua. kita akan melakukan perubahan kepada sebuah sekolah yang dinamakan SBP Integrasi Sabak Bernam. kita akan membuat sedikit anjakan paradigma kepada seluruh warga sekolah termasuk murud-muridnya sekali. mungkin cita-cita ini terlalu besar, tapi ianya tidak mustahil jika kita mengorak langkah daripada sekarang.

setiap pemimpin ada visinya. kita sebagai senior dan pemimpin pada tahun hadapan, pasti ada rasa untuk memberi perubahan yang positif kepada sekolah. ya, kita perlu berkorban untuk semua ini, tapi jangan jadikan alasan 'sibuk' sebagai lesen untuk tidak siap kerja rumah. apa2pun ZEALOUS pentingkan akademik. sahsiah juga perlu dijaga. kita tak mahu ada lagi yang meninggalkan akademi ZEALOUS ni. kita satu keluarga, take care 4 everyone. jangan takut. inshaAllah, kita boleh membuat perubahan kepada sekolah ini.

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater