Salam Maul..... Maulid atau Maulud Rasul??

10:54 PM

Assalamualaikum! Agak pelikkan tajuk entri pada kali ini? Sbnrnye saya ingin memberitahu satu perkara. Saya ingin memperbetulkan kesalahan istilah yg scara tidak langsung berlaku dlm hidup kita. Apabila tibanya tarikh 12 Rabiulawwal, mulalah umat Islam mahu meraikan hari ulangtahun kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W... lebih kurang mcm kita nak sambut birthday la jgk kan. Tapi kita sambut ulangtahun kelahiran nabi tak adelah mcm kita. Beli kek, bwat parti, ajk kawan2, potong kek and so on. Kita biasenye adelah bwat perarakan, berselawat, bwat forum dan mcm2 lagi laa. Kalau anda semua nak tau, hukum menyambut ulangtahun kelahiran nabi ini adalah HARUS selagi tak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ade unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah. Ada sesetengah pihak yg mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulama' besar yang mengatakan bahawa sambutan ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan kelahiran Nabi di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw."


dipetik dari : TEKAN UTK PROCEED

Kita beralih ke tajuk asal. Perkataan sbnr yg patut kita sebut ialah MAULIDUR RASUL/ MAULIDIN NABI, bukannya MAULUDUN NABI. Nak tau sbb ape? Sbbnye makne perkataan "MAULUD" ialah bayi, dan apabila kita sebut "MAULUD NABI" kan dah jadi "bayi nabi"? Kan lain tu.. "MAULID" tu maksudnya kelahiran. So kita kene sebutlah maulid nabi/ maulidur rasul. Harap kpd kawan2 dpt menerima satu ilmu baharu slps membaca entri ini dan bagitau la kwn2 ye.  
SALAM MAULIDUR RASUL daripada kami admin blog.. :) bykkan selawat.. 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater