Permata Pintar budak 15 tahun

2:01 AM


 Dia tidak pernah terbayang dirinya bakal menjadi penulis pada usia muda. apatah lagi, dia tidak mempunyai pendedahan sempurna bagi mencapai cita-citanya itu. mula berjinak dalam bidang penulisan dan telah menghasilkan 2 buku karyanya sendiri. Muhammad Hasif Mohd. Jelani atau nama penanya, Hasif Hamsyari, 15, bergelar penulis termuda di bawah syarikat penerbitan KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. Setakat ini, dia telah menghasilkan 2 novel berjudul Bagaikan Mimpi (2009) dan Bagaikan Mimpi:Srikandi Cintaku (2010). beliau seorang ahli Tunas Sastera Institut Seni Malaysia Melaka pernah menyumbang puisi dalam Antologi Muara Pahlawan terbitan DBP. "Menulis adalah hobi saya, jadi secara tidak langsung, hobi ini adalah ruang untuk saya menenangkan fikiran." katanya. bakat anak jati Melaka ini mula mendapat perhatian umum apabila dia menjadi panel jemputan Bual Bicara Program Permata Pintar Negara bersama Datin Seri Rosmah Mansor di UKM, Bangi. beliau telah berjaya mengumpul lebih 100 sijil dan hampir 30 piala sekaligus melayakkan dirinya memegang gelaran Tokoh Murid 2007 di sekolah rendahnya. Menjadikan J.K. Rowling, Stephenie Meyer dan Rick Riordan sebagai idolanya, remaja ini berharap beliau mampu menjadi penulis prolifik suatu hari nanti. untuk mengenali lebih lanjut, layarilah blognya, http://planethasifhamsyari.blogspot.com .

You Might Also Like

2 comments

Alma Mater