Facebook Bergegar!

12:34 PM


salam SBP semua.
pada detik  ini, kita boleh lihat di dalam laman sesawang sosial terkemuka, Facebook, telah diwujudkan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai We Are Da Gang of 0812~Triples of SBP~. kumpulan ini yang baru ditubuhkan minggu lepas telah mencapai jumlah keahlian membanggakan iaitu seramai 880 orang dalam masa beberapa hari. ya Allah, begitu sesak sekali kumpulan ini. kumpulan ini telah dikelola oleh seorang pelajar Sains Pasir Puteh, Amanina Afifah yang terdetik untuk membina sebuah kumpulan yang mengumpulkan semua pelajar SBP batch 0812. kumpulan ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah pelajar SBP yang sangat ramai termasuklah SBP di Sabah dan Sarawak. sekolah-sekolah elit seperti SAS, MCKK, SSP, dan TKC juga tidak ketinggalan untuk menyertai kumpulan ini. pelbagai topik yang hangat dibincangkan terutama sekali tarikh keramat bagi semua pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia tahun 2010. 23 Disember 2010, suatu tarikh yang tidak asing lagi bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan PMR. satu tarikh yang bakal mewarnai kehidupan kita semua. siapa yang tidak berdebar-debar menunggu detik mencemaskan ini. kendatipun pelajar SBP, pasti akan merasa kehangatannya. namun, pelajar-pelajar SBP bukan hanya memburu 8A/9A, tetapi mereka juga memburu pelbagai gelaran. antaranya termasuklah pelajar terbaik dan sekolah terbaik. ya, seperti yang kita sedia maklum, kedudukan Penilaian Menengah Rendah di Malaysia telah diterajui oleh sekolah-sekolah berasrama penuh sejak bertahun-tahun lamanya. kini, sekali lagi, pada tahun ini, mungkinkah SBP akan memonopolinya? hanya tunggu dan lihat.

MCKK TKC BRAINS INTERGOMB IGOP INTERPOL INTEK INSTAR SEPINTAR INTESABER SELANDAR INSOFT SDAR SHAH SSP SAS STAR STF SMAPK SMAPL SABDA SESDU SEMASHUR SESJO BAKTI KUSESS SESTER SAINSKU LABUAN LAHAD DATU SMACH MIRI SAMURA MOZAC SCIPP SAINA SERATAS SEMESRE SMESH SEMSAS ISKANDAR SESMA SEMUJI SEMESTI SEMESTA SCIEFER STJ SOKSEK.


berikut merupakan ranking PMR SBP 2008. :


Result PMR antre SBP sluruh Msia
1 SM SAINS HULU SELANGOR
2 SM SAINS SELANGOR
3 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA
4 SEKOLAH TUN FATIMAH
5 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
6 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
7 SM SAINS MACHANG
8 SEKOLAH SERI PUTERI
9 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK
10 SM SAINS TENGKU ABDULLAH
11 SM SAINS JOHOR
12 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
13 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
14 SM SAINS TUANKU JA`AFAR
15 SM SAINS SULTAN MAHMUD
16 SM SAINS MUZAFFAR SYAH
17 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH
18 SM SAINS PASIR PUTEH
19 KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
20 SM SAINS POKOK SENA
21 SBP INTEGRASI RAWANG
22 SM SAINS MIRI
23 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA
24 SM SAINS SABAH
25 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN
26 SM SAINS LABUAN
 

27 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM
28 SM SAINS LAHAD DATU
29 SM SAINS TELUK INTAN
30 SBP INTEGRASI KUBANG PASU
31 SBP INTEGRASI GOPENG
32 SM SAINS KUCHING
33 SBP INTEGRASI TEMERLOH
34 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
35 SBP INTEGRASI SELANDAR
36 SBP INTEGRASI PEKAN
37 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
38 SBP INTEGRASI KUANTAN



dan berikut merupakan 10 SBP terbaik di Malaysia pada tahun 2009:


1. Kolej Tunku Kurshiah
2. Sekolah Seri Puteri
3. Sekolah Dato' Abdul Razak
4. Sekolah Tun Fatimah
5. SMS Tengku Abdullah
6. SMS Johor
7. SMS Hulu Selangor
8. Sekolah Sultan Alam Shah
9. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
10. SMS Kuala Selangor



bagi batch 0812 SBP tahun ini, kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang. STRAIGHT 8As/9As. ganbatte kudasai!!

You Might Also Like

4 comments

Alma Mater