Salam Maal Hijrah

1:27 AM

Awal Muharram detik permulaan,
Perkiraan untuk tahun hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah,
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta.


Hijrah, hijrah, hijrah
apa yang kita faham dengan hijrah? pada zahirnya, hijrah bermaksud pindah. perpindahan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat ke Madinah. mereka berpindah untuk mengelakkan serangan kaum Kafir Quraisy. mereka berpakat untuk membunuh baginda dan sesungguhnya Allah telah berfirman yang mafhumnya, 'Sesungguhnya Allah Sebaik-baik Perancang.' sebenarnya kisah ini telah memeberikan kita pengajaran yang besar bahawa kita sudah sedia maklum dan redha dengan segala ketentuan Allah. kita sepatutnya menerima qada' dan qadar dengan hati yang terbuka. telah terbukti dengan peristiwa ini bahawa tiada satu apapun yang dapat menyangkal kekuasaanNya.
tetapi kita boleh melihat peristiwa hijrah ini dalam konteks yang berlainan juga. mari kita definisikan hijrah dari segi zahirnya iaitu perpindahan. hijrah ke arah yang lebih baik. berhijrahlah kepada yang lebih elok. seperti pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. begitulah sepatutnya dalam kehidupan kita. konstruksi yang positif, korupsikan negatif. bersama-sama kita menjejak selangkah lebih maju daripada dahulu. tinggalkan perkara-perkara yang lagho dan terus menerus memajukan diri. buatlah sedikit anjakan paradigma dalam diri. teguhkan jati yang sudah sedia terpasak kukuh di dalam diri yang hanya memerlukan masa untuk digilap dan dipamerkan. terpulanglah kepada kita untuk menilai dan menggunakannya. ternyata hijrah ini seperti ahun masihi yang baru. malah, ianya lebih afhal jika kita menetapkan azam kita pada masa tersebut kerana kita sebagai umat Islam seharusnya menggunakan tahun hijrah sebagai kayu pengukur masa kita. tetapkan azam, tingkatkan usaha, inshaAllah, anda akan berjaya.
apakah azam anda pada tahun ini? menjadi pelajar terbilang, pemain badminton termasyhur, penyanyi terkenal, imam muda, pekerja terbaik dan apa-apa sahaja. anda boleh mengimpikan apa-apa sahaja tetapi biarlah impian itu baik di sisi agama dan sesuai dengan kemampuan kita. mana mungkin orang yang buta mahu menjadi juruterbang. begitulah perumpamaannya. dan apabila berazam, hendaklah berusaha. tanpa usaha, seperti angan-angan mat jenin sahajalah. ramai yang mengimpikan sesuatu yang hebat, tetapi mereka tidak mahu membayar harganya. seperti mahu menjadi pelajar yang hebat, tetapi tidak mahu berusaha gigih untuk mendapatkannya. impian tanpa usaha itu sia-sia. seperti melukut di tepi gantang. hidup tak malu, mati tak mahu. jikalau begitu sifat kita, manakan dapat hasilnya. itulah fadhilatnya dijadikan hijrah. supaya umat manusia dapat membuka mata ke arah yang lebih telus dalam kehidupan ini. supaya setiap pekerjaan kita diiringi dengan niat. begitulah besarnya kuasa Allah. Dia menjadikan sesuatu perkara bukan hanya pada zahirnya, tetapi batinnya juga bermakna. oleh itu, kita sebagai hamba hendaklah mengetahui segala fadhilat hijrah dan yang tersirat dan tersurat di dalamnya. inshaAllah, jika kita ambil intipatinya, kejayaan di tangan anda.
seruan saya kepada anda semua ialah berhijrahlah ke arah yang lebih baik. tahun baru, hari baru, ada hikmahnya kita dilanjutkan usia sehingga hari ini. masih ada masa untuk perbaiki diri sendiri. bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar kurniaanNya. masih lagi punyai masa untuk menambah amalan. berpindahlah. pindah ke satu titik kemajuan diri dan semoga dengan anjakan paradigma ini, kita dapat memajukan diri, agama, bangsa dan negara. inshaAllah.

p/s: doakan juga untuk kejayaan kita dalam PMR. semoga 85 orang semuanya 9A. amiin. batch Zealous dan Enigma akan mengharumakn nama Intesaber tahun ini. amiin. :)

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater