3K Kelas Pertama 2011

3:45 PM

salam Zealous.
pada 31 Januari yang lepas, telah diumumkan pemenang bagi 3K kelas bagi sesi pertama tahun 2011. setelah semua kelas dinilai selama seminggu oleh para hakim, tibalah masanya untuk diumumkan kelas yang menang. Alhamdulillah, kelas tingkatan 4 semuanya melepasi tahap lulus. dan apa yang lebih menggembirakan, kelas Tingkatan 4 menggondol 3 tempat teratas. pelajar tingkatan 5 kemungkinan agak sibuk untuk SPM dan mereka tidak mengutamakan kemenangan. mereka hanya mementingkan kebersihan kelas. biarlah bagi kami pula yang menerajui anugerah ini. alhamdulillah, 3 tempat teratas milik Zealous.

1) 4 HIDAYAH - Cikgu Salina
2) 4 MAGHFIRAH - Cikgu Syazwani
3) 4 TAUFIK - Cikgu Qistina

kepada 2 kelas tingkatan 4 iaitu 4 Rahmah(Sir Musa) dan 4 Syakirah(Ustaz Fadzlan), jangan merendah diri. banyak lagi masa untuk memperbaiki prestasi. semoga pelajar tingkatan 4 bakal memberikan persembahan terbaik dalam persaingan sihat ini. inshaAllah, ilmu kita akan diberkati jika kelas kita bersih. Annazafatu minal iman. kebersihan sebahagian dari iman. all the best to Zealousians. May the best class wins. :)

assalamualaikum.

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater