Larian Integrasi 2011

12:25 PM

assalamualaikum.
alhamdulillah. kita telah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar tingkatan 4 di SBPI Sabak Bernam selama sebulan dengan jayanya. walaupun peristiwa hitam tahun lepas masih lagi diungkit dan dibangkitkan, kita mesti tabah dalam mengharunginya. No pain, no gain. kekalkan semangat batch kita yang sudah utuh ini, demi menapak satu empayar baru di Intesaber. kita telah melakukan yang termampu dalam PMR. namun, nasib tidak menyebelahi kita. biarlah kalah dahulu, menang kemudian. Allah S.W.T. berikan kita pengajaran yang tidak akan pudar dalam diri seorang Zealousian. memang, kita telah kalah di peringkat daerah biarpun peratus straight A meningkat dari tahun lepas. bilangan straight A menjangkaui tahun-tahun sebelumnya namun disebabkan faktor kekalahan 3 subjek kepada SMKA Simpang Lima, kita telah kehilangan takhta sebagai sekolah terbaik dalam daerah. tapi yang musykilnya, kita telah mendapat 100% A dalam 2 subjek dan subjek Sejarah kita telah melonjak ke tangga teratas dalam kedudukan seluruh SBP. SLISS telah mengalahkan kita dalam 3 subjek, namun 6 subjek yang lain, bagaimana? itulah persoalan yang masih lagi berlegar-legar dalam kotak fikiran kami, ahli Zealousian. tidak mengapalah. adapun kita kalah pada tahun lepas, ini seharusnya menjadi iktibar dan penaik semangat kepada diri kita semua. ayuh, Zealousian! tegakkan maruah anda! tahun ini dan tahun depan jangan dibazirkan. sama-sama kita melangkah lebih maju daripada sekolah-sekolah lain. Zealous Can Do It!

Gambar tahun lepas. Sori, tiada info untuk tahun ini. :)


cukuplah mukaddimah setakat itu. mari kita beralih kepada satu program yang baru dianjurkan oleh sekolah iaitu larian Integrasi 2011. larian ini disertai oleh sekelian warga pelajar Intesaber. larian ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kesukanan yang sihat di samping memungut mata kokurikulum bagi para pelajar. 4 rumah bertanding bagi merebut gelaran Johan Keseluruhan. selama 4 tahun berturut-turut, Radon telah menjadi juara yang selesa bertakhta di persada kejohanan ini. namun, tahun ini telah merubah segala-galanya. Xenon telah berjaya merampas takhta Radon setelah 4 tahun mereka bergelut untuk memenuhi impian dan hasrat mereka itu. Kripton terpaksa berpuas hati di tempat ketiga manakala Helium, biarpun kategori lelaki dijuarai oleh 2 atlet mereka, namun pengumpulan markah tidak memihak kepada mereka. Helium terpaksa akur di tempat keempat, jauh daripada mata pendahulu, Xenon. biarpun begitu, kita ingin lihat prestasi batch kita pada tahun ini. Alhamdulillah, kategori lelaki memang milik Zealous. biarpun baru pertama kali berlari di trek L1, 9 km, lebih 2 km daripada trek L2, ternyata atlet tingkatan 4 sangat berbakat. Zulfadhli dari rumah Helium merangkul juara L1 dan Nik Emir terus berada di belakangnya. berikut merupakan kedudukan top 20 L1:

1)  Zulfadhli-Helium-F4
2)  Nik-Radon-F4
3)  Tajul-Radon-F5
4)  Zulfadhli-Xenon-F5
5)  Naqib-Xenon-F4
6)  Zahin-Kripton-F4
7)  Rieza-Helium-F5
8)  Wafiy-Radon-F5
9)  Iskandar-Xenon-F4
10) Syahmi-Helium-F5
11) Haziq-Xenon-F5
12) Asyraf-Radon-F5
13) Khai-Helium-F5
14) Pijol-Helium-F4
15) Iqbal Said-Radon-F4
16) Faiz-Radon-F4
17) Hazim-Helium-F5
18) Akmal-Helium-F5
19) Rashid-Helium-F4
20) errr.....lupe....hehe

berikut merupakan kedudukan dalam L1. maaf kepada kategori lain, kami tidak ada maklumat mengenai kategori lain. kalau ada, silakan update nanti. :)
Zealous can do better next year. dan inshaAllah, kita juga bakal juara di daerah pada tahun ini dan tahun hadapan. All the best, Saber's Fighters.

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater