Al-Fatihah

9:29 AM

Al-Fatihah kita sedekahkan kepada arwah salah seorang pelajar batch kita, Ahmad Zia-Ul Ikmal yang telah kembali ke Rahmatullah pada 4 November 2010. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh mereka yang diredhai. dalam kesempatan ini, saya ingin memohon kepada semua orang yang mengenalinya tidak menyebarkan apa sahaja aib dirinya kerana ini boleh menyeksa roh arwah. berilah rohnya berehat dengan tenang. jikalau ada kesilapannya, harap dimaafkan dengan setulus hati. jikalau ada hutang dengannya, mohon dihalalkan. doakanlah kesejahteraan rohnya di alam barzakh sana. amiin. ini merupakan satu pengajaran bagi kita bahawa ajal itu ada, namun akan datang pada masa yang tak disangka-sangka. sentiasalah persiapkan bekal amalan kita supaya kita dapat mengecap nikmat yang abadi di sana kelak.

                                                          
                                                  إن لله وانا إليه راجعون 


Kenangan bersama arwah Zia(berbaju hitam dan oren)

gambar kenangan mukhayyam bahasa arab di KSC




hilang sudah seorang lagi dari batch kita. namun, jangan pudar usaha yang telah dibina. jadikan ini sebagai kenangan. untuk maju pada waktu hadapan. Assalamualaikum, Zia. Berpisah kita buat sementara waktu di dunia fana ini. semoga kita bersua lagi.

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater