Post PMR di Kg. Sungai Sireh

6:43 PM

ya, hari ni kita akan lihat semula dan mengenang kembali detik-detik post PMR kita dahulu. terlebih dahulu, kita akan memutarkan momento keriangan ketika di Sungai Sireh. kampung ini begitu gah dengan keadaan geografinya yang sesuai untuk beriadah. varia aktiviti diwara-warakan untuk membawa nama kampung ini ke persada kebangsaan sebagai tempat agrotourisma yang terkemuka di Malaysia. di samping kesibukan guru-guru Zealous 7 dalam masa terdekat ini, mereka masih mahu meneruskan dan telah mengemudi program Jom Jenguk Desa dengan jayanya. seawal jam 9 pagi kami semua telah bertolak dengan menaiki 2 buah bas. perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam itu berjalan dengan lancar. alhamdulillah.





setibanya di sana, kami dihidangkan dengan sedikit kuih dan air teh yang lazat tak terkata. selepas itu, kami dibawa untuk pergi berkayak dan menunggang basikal. aktiviti berkayak merupakan aktiviti yang paling dinanti-nantikan kerana kebanyakan pelajar masih tidak berpengalaman dalam berkayak. pelbagai ragam dan gelagat boleh dilihat dan kadangkala, ianya sangat menggelikan hati.








selesai berkayak, kami dibawa melawat ladang jambu air dengan menaiki van dan traktor pemandu resort. suasana di sana agak sesak kerana denai yang digunakan agak sempit. kemudian, kami pergi melihat sawah padi yang terbentang luas dan menghijau. agak ramai rupanya yang tidak berkesempatan melihat sawah sebelum ini. semua bagaikan rusa masuk kampung, memanjat palung yang membawa air di tengah sawah tersebut. selepas itu, kami dibawa ke tempat penternakan kambing di kawasan itu. kandang kambingnya agak kecil dan ini menimbulkan masalah keselesaan para pengunjumg. kambing yang diternak begitu sihat dan sangat manja dengan kami. selesai di kandang kambing, kami beralih pula ke ladang perusahaan tebu. alhamdulillah, di sini kami dapat menghilangkan dahaga dengan air tebu asli yang diperah asli daripada batangnya. rasanya lazat tak terkata. umpphh. petang itu, kami diberi kelonggaran untuk berehat tetapi bagi sesetengah pelajar lelaki, kami mengambil peluang ini untuk berkubang di dalam sungai tempat kami berkayak pagi tadi. riuhlah keadaan di situ dengan sorak-sorai para pelajar. malam tersebut, diadakan majlis jamuan untuk seluruh warga Zealous 7. turut hadir ustaz Amir dan ustazah Raja bersama anak-anak mereka. dan sejurus selepas habisnya jamuan, pelajar beransur pulang ke sekolah. walaupun tempatnya kurang 'grand' (rozie, jangan marah...haha) namun kenangan tersebut akan sentiasa tersemat dalam  sanubari kami, Zealous 7. inshaAllah, ada peluang, kami akan pergi lagi ke sini.

mak aihh..berposing lagi dalam ladang ni.

jamal2...

"gulp..gulp...burp..alhamdulillah..praise be to Allah"

di ladang jambu air

sawah padi yang menghijau

ade koreagrafi jugak kat sini..hurmm


kambing kami.


mukaku ada iras2 kambing x? haha


kami di ladang tebu



bro tebu


summersault


excitednye nak lompat...(ala, dari bot je)


tekan lagi...


kelas 3 Rahmah dengan guru mereka, Puan Fatehah

You Might Also Like

2 comments

  1. alhamdulillah.....
    dapat juga kite berkunjung ke kg yg serba-serbi ade segalanye(bangganye rozie)..
    bagi dak kl yang x pernah masuk kg...akhirnye masuk gak utk melihat alam semulajadi yg hanya terdpt di stgh tempat cthnye seperti sawah...
    selain dak kl,dak2 laen pun teruja utk melihat kambing secara dkt...
    seronoknye klu dpt diulg masa...
    all praises to allah..alhamdulillah..

    ReplyDelete

Alma Mater