Rugby U-15 Kajang Open and MSSS

6:09 PM

Alhamdulillah, kini kita telah sampai di penghujung persekolahan dan sekarang kita semua sedang seronok menikmati cuti akhir tahun yang bakal berlangsung selama hampir dua bulan. tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua warga SBPISB yang bertungkus-lumus mengemaskan sekolah sekaligus menjadikan suasana yang bersih dan harmoni. di sini, mari kita ceritakan serba sedikit tentang salah satu kebitaraan batch kita merangkap kebitaraan sekolah iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah ragbi. pasukan ragbi u-15 yang diterajui kebanyakannya daripada pelajar tingkatan tiga telah mengecapi pencapaian yang agak memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. mereka telah menyertai dua kejohanan berprestij iaitu Kejohanan Ragbi Terbuka Kajang X dan Kejohanan Ragbi Negeri Selangor bawah 15 tahun. dalam kejohanan open kajang, pasukan ragbi yang diwakili oleh pelajar tingkatan 3 dan seorang pelajar tingkatan 4 telah berjaya merangkul tempat kedua kategori Cup atau kedua keseluruhan daripada 8 pasukan. kita tewas pada pusingan akhir di tangan SMAP Kajang yang diwakili oleh pelajar tingkatan empat dan lima. beralih pula kepada Ragbi MSSS. kita telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori Cup namun pencapaian ini masih belum dapat melayakkan sekolah kita ke peringkat kebangsaan yang diwakili oleh Integomb dan Semashur A. walau bagaimanapun, pencapaian ini sangat hebat dan membanggakan pihak sekolah. Intesaber telah diundi sekumpulan dengan pasukan Kusess, Lembah Keramat dan Semashur B. Intesaber telah memenangi kesemua perlawanan kumpulan termasuk kemenangan tipis 2-1 ke atas Semashur B. kemudian Intesaber bertemu Seksyen 7 atau lebih dikenali dengan gelaran Sevens pada peringkat suku akhir Cup. Intesaber membelasah Sevens dan berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir bertemu Integomb. pada satu lagi perlawanan, Semashur A bertemu Kosas. Intesaber kalah tipis 2-1 di tangan Integomb dan harapan mereka kian hancur untuk bermain di peringkat kebangsaan. Intesaber terpaksa bermain untuk 3rd/4th bertemu Kosas. Kedukaan mereka sedikit terubat setelah berjaya membelasah Kosas 47-0. berikut diumumkan kedudukan dalam kategori Cup:

1. Semashur A (Hulu Selangor)
2. Integomb (Gombak)
3. Intesaber (Sabak Bernam)
4. Kosas (Kuala Langat)

antara pemain kita yang mendapat tawaran bermain di peringkat kebangsaan ialah Amir Wafiuddin(Semashur) dan Amin Sangari(Integomb). mungkin ada hikmahnya Allah tidak memberi kita kemenangan dan mungkin rezeki kita pada tahun hadapan lebih banyak. Wallahu'alam. kejayaan ini sepatutnya memberi dorongan kepada warga sekolah untuk terus berusaha menaikkan nama sekolah. InshaAllah.


Antara pemain-pemain Sharks Rugby Team

You Might Also Like

2 comments

  1. nape letak gambo team yg lame

    ReplyDelete
  2. asal name aq ngan bon kene jual...pastu nape gambo team yg lame ..paiz or hadi post pasl shark yg baru

    ReplyDelete

Alma Mater