Majlis perpisahan Cikgu Suhaimi dan Cikgu Hatta

10:09 PM

pada 12 November 2010, kita telah kehilangan dua kelibat yang sangat berpengaruh di sekolah kita iaitu Cikgu Suhaimi dan Cikgu Hatta. mereka berdua merupakan dua tenaga pengajar yang sangat berdedikasi di SBPISB. mereka antara guru berpengalaman dan menjawat pangkat yang dihormati dalam pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Hatta merupakan pemegang DG 48 dalam jawatan guru menjadikannya antara guru cemerlang Bahasa Melayu di sekolah ini. beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk para pelajar SPM. (tingkatan 4 dan 5) beliau telah berjaya mendapat tender penulis buku teks Tahun 1 dan Tahun 2. pencapaian sebegini begitu membanggakan sekolah kerana julung-julung kalinya tender buku teks dianugerahkan kepada guru sekolah kita. alhamdulillah, berkat penat lelah dan usahanya, beliau berjaya mendapat tawaran tersebut yang menjanjikan pulangan yang lumayan. beliau akan berpindah ke SK Puchong Perdana pada tahun hadapan, meninggalkan kenangan yang bermakna di SBPISB. beliau berhasrat untuk menamatkan kariernya di Intesaber, namun perancangan Tuhan lebih sempurna. walaupun beliau tidak sempat mengajar kita semua, beliau tetap memberikan pengetahuan berguna semasa ceramah pengenalan Bahasa Melayu SPM semasa program post-PMR yang lepas. malangnya, kita tidak sempat berguru dan mengaut ilmu daripada beliau. semoga beliau gembira di sana. inshaAllah.

Cikgu Hatta di dalam biliknya yang berdingin hawa

beralih pula kepada tenaga pengajar kita yang kedua. cikgu suhaimi merupakan Guru Penolong Kokurikulum di sekolah kita. beliau merupakan salah seorang tenaga penggerak yang banyak membuat anjakan paradigma kepada pentadbiran sekolah kita. mengimbas kembali penglibatan beliau dalam bidang yang berkenaan Bahasa Melayu, beliau pernah menyertai pertandingan debat dan pidato ketika bangku persekolahan dan juga ketika kariernya memuncak. beliau pernah menyandang johan Pidato Piala Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Kategori Guru. ini merupakan pencapaian yang tidak mungkin dicapai oleh seorang yang tidak berkarisma tinggi. beliau juga pernah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Selangor dan beberapa tahun mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan. Selangor menjuarai hampir setiap tahun di bawah kendaliannya. beliau juga bergiat aktif dalam bidang politik. dalam pengajarannya pula, beliau sangat aktif dengan perkembangan Bahasa Melayu di negara kita. pendekkan cerita, beliau merupakan seorang guru yang berprolifik tinggi walaupun usianya baru mencecah 39 tahun. beliau akan berpindah ke SK Subang Perdana. kelibat beliau pasti akan dirindui pelajar SBPISB terutama pelajar yang pernah berguru dengannya termasuklah 3 Rahmah 2010.

gambar beliau di dalam pejabatnya




diharapkan mereka berdua akan sentiasa menabur bakti sebagai pendidik bangsa untuk anak didik kita. semoga mereka akan terus berjaya di sana. kami di sini hanya mengiringi pemergianmu dengan tadahan doa. inshaAllah. so, it's true what the saying goes; to meet, to know and to part, form the saddest tale of human heart.

You Might Also Like

0 comments

Alma Mater