Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah 2010
1:55 AMtanggal 10 november 2010, hari rabu seminggu sebelum bermulanya cuti akhir tahun, pihak sekolah telah mengadakan majlis anugerah kokurikulum dan sistem rumah (atau disebut sebagai MKSR di SSP) bertempat di dewan Ibnu Khaldun. disebabkan blog ni hanya memberi khabar berita tentang form 3 sahaja, jadi cukuplah sekadar saya memberitahu aktiviti pelajar f3 pada hari itu sahaja. pelajar tingkatan 3 telah diberi peluang untuk membuat persembahan pada hari tersebut. nak diceritakan, punyalah banyak konflik yang berlaku sampai ramai juga yang tak mahu ikut serta. tinggallah beberapa orang sahaja yang masih mampu meneruskan persembahan ini. kami telah menjayakan persembahan koir (xdela koir, mcm nyanyi berkumpulan je) di bawah pimpinan Cikgu Azmi. latihan koir hanya dimulakan 2 hari sebelum hari persembahan. bayangkanlah betapa gemuruhnya kami namun alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar sekali. semua guru memuji persembahan kami dan merancang untuk merekrut kami di dalam persembahan HKSBP Zon Tengah yang akan diadakan di Intesaber tahun hadapan. haha. boria atau koir, sama sahaja. kami tetap akan mencuba yang terbaik.
![]() |
sibuk menjalani latihan pada malam sebelum persembahan (kenyang sangat sebab baru lepas jamuan batch) |
![]() |
penyanyi perempuan yang tekun membunyikan haaaaheeehiiiiiihoooooohuuuuuuu |
![]() |
bersolek dulu sebelum persembahan (cover ayu gitu...haha..sori2) |
![]() |
ape kejadahnya budak2 ni pakai bedak. (aku pun terjebak..haha) |
![]() |
ok, da ready dah ni...huhu |
![]() |
ada gaya muka hantu bedak x? (ada sangat. memang ko layak berlakon cite momok tu. haha) |
0 comments